Wajah Wanita Cantik Ini Ditoreh Lebih 5 Sentimeter Oleh Bekas Kekasih Warga Bangladesh

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila mukanya secara tiba-tiba ditoreh oleh seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan bekas kekasihnya. Kejadian tidak disangkakan itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Damansara Jaya, Petaling Jaya, tempoh hari.

Menurut laporan Metro, mangsa pernah menjalin hubungan sebagai kekasih bersama suspek. Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang menyiasat motif tindakan kejam itu.

Ditoreh hampir 5 sentimeter

Kejadian berlaku di pusat beli-belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya pada khamis lalu sekitar jam 5.00 petang. Difahamkan mangsa berusia 24 tahun ini telah ditoreh wajahnya dengan objek tajam oleh seorang lelaki warga Bangladesh.

Mangsa mend,erita dan mer,aung kesakitan apabila lu,ka hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan ditoreh suspek.

Suspek adalah bekas teman lelaki mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mangsa segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan bantuan beberapa individu di situ. Setelah mendapatkan rawatan, mangsa membuat laporan kepada pihak polis.

Mangsa dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di PPUM dan dia dibenarkan keluar sehari selepas kejadian.

Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.

Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu.

Kes ini masih lagi dalam siasat pihak polis dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Kese,ksaan mendatangkan kec,ederaan pa,rah menggunakan sen,jata.

Sumber: Metro via ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *