(Video) Pensyarah Ekonomi Ini Label Pekerjaan ‘Rider’ Penghantar Makanan Satu Pekerjaan Yang Tidak Bermaruah

penafian : gambar hanyalah hiasan semata-mata…

tular video rancangan temu bual yang membicarakan tentang pekerjaan penghantar makanan yang kini semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan anak muda untuk mencari rezeki.

Dijemput sebagai salah seorang panel rancangan tersebut, seorang pensyarah ekonomi menimbulkan kontroversi gara-gara melabelkan pekerjaan penghantar makanan sebagai ‘tidak bermaruah’.

Pada masa yang sama, pensyarah itu turut mempersoalkan mengapa graduan yang berkelulusan tinggi, sudah mempunyai Ijazah Sarjana perlu melakukan pekerjaan sebegitu, adakah itu sahaja pilihan yang mereka ada? Pada pendapatnya, perlu ada satu platform yang membolehkan mereka bekerja setara dengan tahap pendidikan mereka.

Respon Netizen

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama ‘runner’ atau ‘rider’ yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian mereka demi kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dalam memberikan pandangan, minda kita harus terbuka dalam sesuatu isu dan janganlah memperlekehkan orang lain. Cuba letakkan diri kita di tempat orang lain untuk memahami mereka.

Kita tidak tahu bagaimana mereka bergelut setiap hari demi meneruskan kehidupan, jika itu memang sumber periuk nasi mereka, apa salahnya kan?

via amazingnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *