(Video) Netizen Tergamam Seakan Tidak Percaya Gadis Ini Boleh Menyanyikan Lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Sebijik Sama Macam Versi Asal!

korang mesti pernah menonton filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol, kan?

Walaupun filem ini sudah 21 tahun ditayangkan, namun jalan cerita mahupun lagu daripada filem tersebut masih diingati dan menjadi kegilaan ramai bukan sahaja remaja tetapi setiap golongan usia.

Gadis bernama Najia telah memuat naik video tersebut melalui laman sosial twitter, gadis tersebut memuat naik satu rakaman video rakannya yang sedang menyanyi lagu Hindustan.

Gadis yang dikenali sebagai Rosh-ini Balacha-ndran, mendapat perhatian netizen kerana keunikan suaranya yang meniru penyanyi asal lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’. Serious sedap!

Kawan I nyanyi sedap gila

Video berdurasi 0:30 saat itu munjukkan Roshini, sedang menyanyikan lagu ru-nut filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ nyanyian asal Ud-it Na-rayan.

Walaupun baru sehari video itu dimuat naik oleh rakannya, hampir 200k tontonan setakat ini.

rata-rata netizen memberikan pujian terhadap bakat yang dimiliki oleh mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini.

Menurut netizen, suara pelajar diploma Fakulti Muzik dan Seni Persembahan ini agak mirip dengan penyanyi asal selain memuji rupa paras gadis itu.

Make a yout-ube c-hannel girl!’

Sumber: Najiaaaxx & Roshini Bala

Artikel dari ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *