Tahniah! Akhirnya Zamani berkahwin, pilih kawan baik sendiri sebagai teman sehidup semati

PENYANYI Zamani Ibrahim mengejutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Zamani, 48, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya itu di Ampang, Kuala Lumpur dalam majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Hanya sekali lafaz Zamani sah bergelar suami kepada Juliana pada Jumaat.

Pasangan yang sudah mengenali satu sama lain dan berkawan hampir 14 tahun itu juga bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusannya Zime Production memberitahu majlis resepsi pasangan tersebut bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, malam tadi (Jumaat).

Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada Gempak, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan majlis serba sederhana tersebut dihadiri dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Zamani telah memberikan sebentuk sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan.

Selain itu Zamani turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Artikel dari gempak dan mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *