Sindiket Culik Budak Semakin Berleluasan dekat Seksyen 7 Shah Alam? Hati-hati sebelum korang hilang RM500 sebab nak jadi baik!

Tak tahu la apa nak jadi dengan orang zaman sekarang. Desperate sangat nak duit sampai gunakan anak untuk buat kerja busuk macam ni. Punya banyak cara halal untuk cari rezeki, diguna pulak cara menipu dan peras ugut orang. Haih…

Seorang netizen berkongsi satu kejadian yang dirinya hampir terkena dengan scam culik budak yang berlaku di Seksyen 7, Shah Alam.

Menangis ke hulu hilir macam tak jumpa mak ayah

Masa kejadian tu berlaku, mangsa dan teman lelaki baru je keluar dari AnW dan nak pergi ke kereta, thendia ternampak seorang budak berbadan tembam dan umur dia mungkin sekitar 7-8 tahun menangis ke hulu hilir macam tak jumpa mak ayah. Bila ditanya kenapa nangis, budak tu kata dia tak tahu jalan balik ke rumah dan rumahnya di Puchong  Prima. Katanya lagi, budak tu tak tahu nombor telefon mak ayah dia dan dia ditinggalkan dekat situ.

Pelik dah ni… Dah kenapa mak ayah tinggal anak, takkan tak perasan anak kau takda dalam kereta kan?

Teman lelaki dia dah boleh agak dah, mesti ni scam je sebab pelik la mak ayah tinggal anak macam tu dan cadangkan untuk call polis je. Nasib baik masa tu mangsa tak bawa pergi kereta dan terus callpakcik dia.

Nak tahu apa pakcik dia cakap?

Suruh bayar RM500

“You kalau bawa je dia pergi kereta konon nak tolong hantar balik, mak dia ketuk tingkap suruh bayar RM500 If not dia report polis kata you culik anak dia”

Wow pandaikan orang zaman sekarang ni menipu nak dapatkan duit?

Masa dia tengah otp dengan pakcik dia tu, ada kereta Livina warna oren dan myvi warna hijau pusing-pusing sekitar tu. Elok je mangsa end call, Si Mak budak yang menangis tadi panggil anak dia dekat hujung jalan. Sampai je budak tu masuk kereta, terus dua kereta tadi tu pergi.

Tapi, Dia taksempat nak snap gambar budak tu sebab niat cuma nak tolong. Mak budak tu pulak memang tak lah nak datang dekat kan? Dia panggil anak dia pergi dekat dia. Plate number pun tak dapat sebab kereta tu pusing area situ and tak stop pun

Katanya lagi, boleh jadi kereta myvi tu mungkin fake polis yang konon-konon nak buat kita panic justuntuk buat kita bayar and then split the money yang dia dah berjaya minta dari kita.

Aduh macam-macam orang sekarang ni. So guys hati-hati, nak buat baik boleh tapi kena bijak ye!

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *