Sebijik macam beruk masuk panggung, Tiada Tamadun…

Menerusi perkongsian di Twitter @4samm_, dia memuatnaik dua foto keadaan lantai sebuah panggung wayang yang dipenuhi kulit kuaci.

Foto yang dimuatnaik sejak Ahad lalu itu sehingga kini menerima lebih 4,100 ulang kicau (Retweet).

“Korang makan kat rumah memang macam ni ke weh?” tulis individu yang berkongsi foto itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar foto berkenaan dirakam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut membanjiri posting itu dengan pelbagai komen.

Selain mengutuk sikap pengotor individu yang melakukan perbuatan tersebut, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama yang berlaku sebelum ini.

“Masih tiada kesedaran sivik dalam diri masing-masing. Pengotor.

“Teruk betul perangai. Makan kuaci dalam panggung wayang. Tak ada otak punya orang. Dah macam beruk masuk panggung je.

“Ni manusia ke hamster berjemaah tengok wayang?

“So logically, diorang campak-campak ke bawah macam tu jelah kan sambil makan? Kesian kat pekerja kena clear. Tak ada adab. Kalau tak boleh nak senangkan kerja orang, janganlah susahkan orang,” tulis beberapa netizen.

Artikel dari mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *