“Saya tak kacau laki orang, jangan kacau kekasih saya”

hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya.

Jelasnya lagi, tindakannya itu bukan kerana bimbang kekasihnya dirampas tetapi mahu menjaga privasi.

Meskipun tidak dedahkan kekasih kepada umum, ramai wanita miang cuba mendekati dan menggoda kekasihnya di media sosial.

Ruhainies berkata dia dan kekasih tidak pernah berbalah mengenai isu itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

“Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.

“Ada orang kata teman lelaki saya digo-da wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digo-da jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak,” kata Ruhainies kepada mStar Online.

Baguslah jika saling mempercayai tapi sekarang perlu lebih berhati-hati sebab ramai perempuan diluar sana ‘kaki son-dol’. Semoga hubungan Ruhainies dan kekasih berkekalan sampai ke jinjang pelamin.

SUMBER MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *