“Saya Akur Kalau Diusik, Tapi Tolong Hormat Ibu Saya” – Haneesya Hanee

Sekali lagi menjadi bahan kecaaman berikutan ibunya membuat laporan polis, Haneesya Hanee tidak kisah andai dirinya dikecaam dan dihiina namun tidak pada ibunya dan meminta agar netizen menghormati ibunya.

“Saya tahu ada harga yang perlu dibayar apabila memilih dunia seni sebagai medan mencari rezeki. Saya akur dan reda jika diusik warganet, tetapi tolong hormati emak saya. Jika ada yang mahu menghiina, menceerca dan mempersenda, tolong fikirkan semula kerana saya masih ada emak”

“Cuba bayangkan kalau perkara sama terjadi kepada kalian? Saya percaya, setiap ibu pasti melakukan perkara sama. Apa yang ibu kalian akan lakukan kalau anak mereka dikecam seperti saya? Ramai yang salah faham tentang laporan itu”

Perjalanan karier yang berterusan dengan kontroversi kadang kala membuat Haneesya tidak mampu menahan cacian netizen. Kongsinya ada hari beliau menangis terduduk mengenangkan nasibnya di dalam industri.

“Tipu kalau saya katakan saya begitu kuat dan kebal berdepan pandangan serong serta kecaman orang luar. Saya pernah jatuh terduduk dan menangis mengenangkan nasib yang tidak habis-habis dikecam,” jelasnya.

Terdahulu ibu Haneesya menerusi media sosial terkilan apabila laporan polis dibuat untuk anaknya mendapat salah faham netizen. Marah dengan reaksi netizen, ibunya bertindak mengoyakkan laporan tersebut. (rtky/w)

Artikel dari rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *