Pengantin lelaki yatim piatu ini tidak dapat menahan sebak teringatkan arwah ibu dan ayah

SEMALAM, viral beberapa keping gambar seorang pengantin lelaki yang sebak selepas selesai diijab kabul sehingga menyentuh hati pelbagai pihak.

Pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai Syazwan itu telah memuat naik gambar pernikahannya yang dirakam oleh jurufoto ke Facebook miliknya.

“Did you do it?”“Yes.”“What did it cost?”“Everything.”

Posted by Syazwan Abdullah on Wednesday, June 5, 2019

Gambar yang dimuat naik pada 5 Jun 2019 menunjukkan Syazwan sedang menangis menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapa dia berkelakuan begitu pada hari yang bersejarah buatnya.

Menurut keluarga terdekat, Syazwan yang mesra disapa Epul sebak kerana teringatkan ibu dan ayahnya yang sudah meninggal dunia.

Bapanya telah meninggal dunia semasa dia baru berusia 15 hari sementara ibunya pula lima tahun yang lepas. Hidup Syazwan sebatangkara tanpa adik-beradik dan dia hanya mampu menumpang kasih makcik dan pakciknya sahaja.

Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh sepupu Syazwan semasa memuat naik gambar mereka sekeluarga berhari raya.

Norhayati Saktirun yang bernasib sama seperti Syazwan memberitahu bahawa mereka hanya mampu menumpang kasih kepada saudara-mara sebagai ganti ibu bapa yang telah tiada.

07 Jun 2019.🌻🍁3 SYAWAL 1440H🍁🌻Thanks so much for coming cousins.Syazwan Abdullah and his wife.Muhamad Zaki Wagimin…

Posted by Norhayati Saktirun on Friday, June 7, 2019

Menerusi komen yang diterima melalui Facebook, rata-rata netizen berasa sayu melihat gambar yang tular itu. Walau bagaimanapun, mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Syazwan dan pasangan kekal bahagia hingga akhir usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *