“Orang yang saya rasa patut minta maaf adalah naib canselor sendiri” – Graduan UM buat protes pertahan pendirian

GRADUAN yang melakukan protes sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pada Isnin lalu masih tidak membuat permohonan maaf berhubung tindakannya itu, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Sebaliknya, graduan berkenaan, Wong Yan Ke berkata individu yang patut meminta maaf adalah naib canselor universiti berkenaan, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim yang didakwanya memulakan isu perkauman.

Dia merujuk kepada tindakan Abdul Rahim yang didakwa memberikan ucapan berunsur perkauman ketika Kongres Maruah Melayu di Shah Alam baru-baru ini.

“Saya rasa orang yang patut minta maaf adalah naib canselor sendiri.

“Negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Saya hanya bersuara sebagaimana hak di dalam perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Petaling, pada Rabu.

Laporan penuh menyusul…

Artikel : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *