Netizen Muak Dengan Modal Murahan Kulit Gelap Haneesya Hanee

Fakta Menarik

  1. Berketinggian 170 sentimeter.
  2. Mempunyai masalah disleksia sejak kecil.
  3. Sebagai seorang yang berkulit hitam dan mempunyai masalah pembelajaran, beliau sering dibuli dan diejek rakan sewaktu kecil.
  4. Sejak berumur sembilan tahun, dirinya hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Namun Haneesya dipujuk ibunya, Hasnida Hassan yang meminta agar dirinya terus kuat.
  5. Sejak berumur sembilan tahun juga, dia telah membintangi teater Siti Di Alam Fantasi dan Lat Kampung Boy yang berlangsung di Istana Budaya, dan karier seninya berterusan semenjak itu.
  6. Menjadikan aktres Nabila Huda yang berkulit gelap sebagai ikon untuk mencapai kejayaan dalam dunia hiburan.
  7. Ingin mengubah mentaliti masyarakat agar tidak menjadikan warna kulit sebagai ukuran, sebaliknya bakat.
  8. Pernah menolak tawaran untuk mempromosikan produk pemutih kulit kerana menyedari kesan buru-knya terhadap kesihatan manusia dan dalam masa yang sama, beliau enggan menipu para pengguna lain.
  9. Bakatnya dalam bidang peragaan dikesan sewaktu menghadiri ujibakat pencarian Stailista Top Model oleh pereka fesyen tempatan, Hafiz Carlston dan Mier Azril.

Ramai netizen sudah naik muak dengan pel-akon tersebut yang tidak habis-habis memb-angkitkan isu warna kulit. Malah ra-mai yang berpendapat Han-eesya seolah sengaja ingin ‘menjadi man-gsa’ dan meraih simpati.

Tidak kurang juga ramai netizen mengatakan macamlah dia seorang sahaja yang berkulit gelap dan kata netizen lagi tiada siapa peduli tentang warna kulit kerana apa yang penting adalah sikap atau peribadi seseorang.

Bagaimanapun, ada netizen mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan itu mungkin caranya tersendiri untuk meningkatkan keyakinan diri serta membantu mereka diluar sana yang mempunyai kerisauan sama sepertinya.

SUMBER CARI FORUM via rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *