‘Mujurlah dapat kesan lagi awal, kalau tak…’ – Paru-paru dijangkiti fungus selepas 2 minggu hisap vape

BAGI mereka yang mahu berhenti merookok dan beralih kepada rookok elektronik atau vape, ada baiknya anda fikir semula sebelum meneruskan niat itu.

Ini kerana vape juga boleh memudaratkan anda. Contohnya seperti kes yang berlaku pada lelaki ini yang mengalami masalah paru-paru selepas mula menghisap vape sejak dua minggu yang lalu.

Menurut Adlina Mansor, pada awalnya abangnya dimasukkan ke hospital akibat demaam deenggi. Namun selepas pulih, doktor mengesan tompokan putih melekat pada paru-parunya.

“Sebelum ini abang saya dimasukkan ke hospital kerana penyaakit deenggi. Selepas dah ok, rupanya ada pula penyaakit lain, jangkitan pada paru-paru akibat vape.

“Dia baru mula menghiisap vape dua minggu lepas. Niat nak berhenti merokok tetapi masalah lain pula yang terjadi. Doktor kata paru-paru dia macam naik fungus-fungus gitu. Get well soon brother.

“Dia kata vape dia vape water base ke apa. Dia ambil yang water base sebab nak berhenti dari nikotin ke apa tah dan kawan dia kata vape ada dua jenis nikootin and water base (kot). Sebab kawan dia vape yang nikootin okey. Apa pun, no vapelah apa semua.

“…bila saya dengar doktor kata paru-paru dia selepas discan macam ada tompok-tompok putih melekat di paru-paru, dan doktor kata kena cuci, ya agak scary mendengarnya,” tulisnya dalam perkongsian di Twitter.

Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk berhenti merookok tanpa perlu menggunakan sebarang produk.

Apa yang penting ialah niat untuk berhenti itu perlulah ditekadkan dan disiplinkan diri anda untuk menjauhi roookok.

sumber : cempedakcheese.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *