Lelaki ini beri alasan ‘takut cicak’ tidur dengan dua perempuan dicekup jabatan agama

Seorang lelaki memberi alasan takut untuk tidur di dalam biliknya kerana ada cicak besar ketika dit-ahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika sedang tidur bersama dua rakan perempuannya yang masing-masing berusia 20-an dan 30-an di atas satu katil, kira-kira jam 3.30 pagi, Jumaat lalu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail, siasatan mendapati pada awalnya, mereka bertiga yang datang bersama menyewa dua buah chalet bersebelahan.

“Bagaimanapun semasa serbuan, didapati bilik disewa atas nama lelaki itu kosong sebelum pemeriksaan di bilik bersebelahan mendapati dia sedang tidur lena bersama dua rakan perempuannya yang mana salah seorang berstatus isteri orang.

Gambar hiasan

“Setelah disoal siasat, lelaki itu memberi alasan yang tidak masuk akal kononnya terpaksa menumpang tidur di dalam bilik tersebut kerana takut dengan kehadiran cicak besar di dalam biliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Nik Zuhaiza, dalam operasi disertai seramai 30 anggota penguat kuasa JHEAT itu, turut dit-ahan sepasang kekasih yang sedang lena tidur di dalam sebuah chalet.

“Setelah disoal siasat, lelaki berusia 40-an itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman wanitanya yang berusia 20-an selepas mengambil barang di situ.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesa-lahan Jen-ayah Sya-riah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kh-alwat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *