“Kalau ada perempuan murah cuba mendekati, sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka.” – Ammar Alfian

Banyak melakukan kesilapan membabitkan wanita lain ketika di usia muda, Ammar Alfian mengakui dirinya tidak sempurna. Jelas Ammar sebagai suami, beliau berusaha cuba untuk menjadi lelaki yang lebih baik.

“Nak hina hinalah. Kalau mahu menilai saya daripada kesalahan yang telah saya lakukan, terpulang. Saya tidak sempurna. Setiap hari saya mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik”

“Kalau ada perempuan murah cuba mendekati, sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka. Itu sewaktu saya masih muda. Sekarang sudah tua, saya dah tak buat. Saya cuba menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik”

“Buat peminat saya bukanlah seorang role model yang baik dan saya menyedarinya. Cukup untuk anda tahu, saya sedang mencuba yang terbaik untuk memperbaiki perkahwinan ini,” jelasnya lagi.

Terdahulu Ammar meluahkan rasa kesal di Instastory beliau mengenai tindakannya memuat naik gambar bersama isteri, seolah membayangkan mereka sudah berbaik kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. (rtky/w)

SUMBER M STAR ONLINE via rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *