Ini yang anda mesti tahu tentang ‘Top Fans’ di Facebook…Bukan biasa-biasa ok…

Bagi menghargai sokongan kepada pengguna atau pengikut setia pada sesebuah laman, Facebook kini memperkenal ikon ‘Top Fans” yang boleh dimiliki dengan syarat tertentu.

Mengikut pencarian kami di atas talian, terdapat beberapa syarat yang perlu anda penuhi sebagai pengguna akaun media sosial untuk mendapat gelaran tersebut.

Antara syarat tersebut anda sebagai pengikut kepada laman tertentu, anda perlu menjadi antara pengikut yang paling aktif seperti meninggalkan ‘Like, Comment dan Share’ di semua perkongsian yang dibuat.

Semakin kerap anda bereaksi dengan perkongsian yang dibuat oleh pentadbir laman, semakin tinggi peluang untuk anda mendapat gelaran sebagai Top Fans.

Selain itu, pencarian kami juga mendapati gelaran Top Fans tidak diberikan oleh pentadbir laman sebaliknya ia diberikan oleh Facebook sendiri. Tidak dapat dipastikan sama ada pentadbir laman mempunyai kuasa atau tidak untuk memilih mana-mana pengikutnya untuk diberikan gelaran Top Fans.

Bagaimanapun sebagai petadbir, mereka mempunyai kuasa untuk melihat senarai nama pengikut yang mendapat gelaran, boleh melucutkan gelaran atau menyekat reaksi oleh Top Fans.

Bagi pengikut yang mendapat gelaran Top Fans pada sesuatu laman pula, badges berkenaan akan dipaparkan pada bahagian atas nama ketika mereka meninggalkan komen pada perkongsian laman tersebut.

Facebook juga memaklumkan bahawa senarai pengikut yang mendapat gelaran Top Fans juga akan dikemas kini secara mingguan.

Mungkin tujuan Facebook mewujudkan gelaran Top Fans adalah sebagai galakkan kepada kepada para pentadbir untuk meningkatkan perkongsian pelbagai info menarik seterus mendapat lebih banyak reaksi daripada pengikut-pengikutnya.

Itulah serba sedikit mengenai gelaran Top Fans yang boleh anda perolehi dengan menjadi pengikut setia dan aktif kepada sesuatu laman.

Sumber: Facebook HelpYouredmMarco Baldocchi via siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *