Heliza kongsi detik hampir syahid dibedil peluru ketika dalam misi kemanusiaan

Keadaan disana memang cukup bahaya, tapi itu bukanlah penyebab buat penyanyi dan sukarelawan Heliza Helmi untuk tidak turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan.

Kami diarahkan untuk lari sebab akan ada peluru dilepaskan

Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.

Dah siap2 sedia untuk Syahid, ketua minta meseg keluarga masing2

Kongsi Heliza lagi, ketua sukarelawan memaklumkan mereka akan pergi salah satu kawasan paling bahaya dan meminta bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Ketika itu, para aktivis…

Menyorok dalam liang lahad, kami terus tawakal pada Allah

Berderaunya darah, menurut Heliza lagi dia dan aktivis lain segera melarikan dari tempat tersebut dan bersembunyi di dalam liang lahad kerana jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan.

Heliza berkata, hanya tawakal dan berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.

Kanak2 Palestin sambil bermain mulut masih menghafaz Al-Quran

Pada masa sama, Heliza juga berkongsi pengalaman indahnya, apabila terserempak dengan sekumpulan yang bermain bola sambil menghafaz ayat suci Al-Quran, Subhanallah!

Allahu, meremang dan bergetar jiwa mendengar kisah srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah.

Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.

Sumber :Facebook Suria FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *