Hairul Azreen Bertindak Padam Komen DR. Sheikh Muszaphar

Dr Sheikh Muszaphar telah meninggalkan komen di ruang komen Instagram milik pelakon tersebut sebagai teguran kerana ia dilihat tidak sesuai dilakukan terhadap bayi yang masih kecil itu.

Namun, apa yang menjadikan perbualan hebat dikalangan warga netizen kerana pelakon filem Paskal itu telah bertindak memadam komen tersebut yang ditinggalkan oleh Dr Sheikh Muszaphar.

Teguran yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar :

“Salam Hairul, apa yang anda buat adalah mengunci lutut untuk dia berdiri tegak. Ia akan menyebabkan bahagian lutut bengkok selepas ini jika bayi tidak bersedia atau terlalu awal”.

“Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat,”

“Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini.

“Tekanan yang tidak sepatutnya berlaku pada bahagian lutut. Sekadar nasihat supaya orang ramai tidak mengikuti cara itu,”

Disebakan tindakan Hairul yang memadam komen itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Antaranya mendakwa bahawa pelakon itu tidak boleh ditegur dan tidak ambil pusing akan nasihat baik untuk kebaikan anaknya itu.

Jika sebelum ini Hairul Azreen juga telah membuat aksi yang sama terhadap anak sulungnya iaitu Yusuf Iskandar serta anak kepada pelawak Achey.

Tujuan Dr Sheikh Muszaphar bertindak menegur tindakan yang dilakukan oleh Hairul itu adalah kerana dia tidak mahu orang ramai terikut melakukan aksi sebegitu ditambah pula ia boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi kecil itu.

kredit : penmerahpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *