Guru ini dihina kerana bersuamikan seorang pemandu lori

SEORANG guru wanita menjadi bualan masyarakat di kampungnya apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka yang bekerja sebagai pemandu lori.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Azura itu, dia memiliki ijazah sarjana sementara suaminya hanya berkelulusan SPM.

Walaupun taraf pendidikan mereka tidak setaraf, Azura sanggup menerima lelaki itu dengan sepenuh hatinya.

Malah, Azura turut meminta wang hantaran kurang daripada RM10 ribu sahaja.

Sementara itu, foto akad nikah yang dimuat naik Azura di Twitter telah menarik perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya di atas perkahwinan tersebut.

Tidak kurang juga yang mempertikai keputusannya mengahwini pemandu lori yang tidak berpendidikan tinggi itu.

Artikel dari cempedakcheese.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *