Dijemput Datang Rancangan MeleTOP, Tetapi Nana Mahazan Terkejut Apabila Namanya Tidak Dicalonkan Dalam …

Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mengakui terkejut apabila menerima jemputan untuk menghadiri sidang media secara langsung dalam program MeleTOP semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nana menjelaskan dia berasa ralat apabila namanya tidak tersenarai dalam kategori Hos Top 20 MeleTOP, Anugerah MeteTOP ERA 2019(AME19).

“Semalam kelakar sebenarnya masa MeleTOP jemput kata kakak tercalon untuk Top20 AME19 tapi tak bagi tahu untuk kategori apa. So kakak assume untuk kategori hos lah kot ye.

“Tapi semalam tengok senarai nama hos tiada ye. Kakak pun mcm, ‘eh takkan kategori penyanyi pulak. ok berangan. hahaha. Sekali kategori Fesyen Meletop sebaris Neelofa, Scha, Awal, Fazura, Hael dan lain lain, so memanglah kakak tertinggal 10 tiang. But hey, Top20 pun ok kan?.

“Kalau kategori hos meletop pun memang tahu jua akan lagi tertinggal bertiang-tiang, sebab Top20 dia memang semua power but ingat sebab tu keje kakak kan. Kakak cuba lagi next year. hehehe.

“Apa pun thanks Meletop atas acknowledgment dan tersenarai Top20 untuk kategori Fesyen Meletop.

“Alhamdulillah, kakak bersyukur. This is my first AME pun. so yeay! Congrats to the rest yang nominated untuk kategori masing-masing,” tulisnya.

Jangan lupa undi Nana yang tercalon dalam kategori Fesyen Meletop.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Sumber : gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *