Aksi comel Afina tunggang kerbau curi tumpuan netizen

Adik Muhammad Syukur pernah viral dan menjadi bualan ramai kerana aksi mesranya dengan sekumpulan kerbau, kali ini seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut mengikut jejak langkah serupa.

Aksi Nurul Afina Azman yang mesra disapa Che Tam yang kelihatan cukup akrab bersama 17 ekor kerbau milik bapanya ternyata mencuri tumpuan netizen.

Bapanya, Azman Umar, 25, sewaktu dihubungi mStar mengakui hairan dengan anak tunggalnya itu yang cukup minat dengan haiwan termasuklah lembu, kambing dan kucing.

“Dia minat dari kecil lagi. Dulu kami ada bela lembu, dia minat sangat, sampailah sekitar tiga tahun lepas, saya mula bela kerbau di kebun sawit.

“Dia cukup suka dengan kerbau, tengok macam serasi saya biarkan aje lah. Dia pun selalu ikut saya ke kandang hampir setiap hari.

“Dalam 17 ekor tu, ada seekor kerbau nama Atan yang dia paling sayang. Dia kata boleh jual yang lain, tapi Atan dia tak benarkan,” ujar Azman.Menurut pemandu lori itu, anaknya langsung tidak takut untuk mendekati kerbau.

Malah, Che Tam juga sering duduk di belakang kerbau setiap kali berkunjung ke kandang milik bapanya.

“Kalau tak bawa dia ke kebun, dia meng-amuk nak ikut. Kadang-kadang ada hari nak hujan, saya tak nak lah bawa dia.

“Saya pun risau juga dengan kes-elamatan dia, tapi Alhamdulillah semuanya OK. Che Tam juga selalu tolong bagi kerbau makan,” katanya lagi.

Menurut Azman lagi, dia tidak kisah sekiranya Che Tam digelar sebagai Muhammad Syukur 2.0.

Malah, dia bersyukur apabila kisah keakraban anaknya dengan kerbau menerima respon positif netizen.

Mengulas nama anaknya yang digelar Che Tam, Azman mendedahkan ia merupakan gelaran yang diberi oleh nenek kanak-kanak itu.

Ia tidak mempunyai makna spesifik sebaliknya hanya nama timangan untuk anak tunggalnya yang disifatkan cukup peramah, aktif dan periang.

Sehingga kini, posting video dan foto di Facebook Azman mengenai Che Tam dan kerbau belaannya menerima 6000 perkongsian.

Azman dan isteri, Nurul Nadia Ahmad, 25, menetap di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Tambah Azman lagi, kesemua kerbau berkenaan merupakan pemberian bapanya dan dia kini menjaga haiwan-haiwan berkenaan yang ditempatkan di kebun kelapa sawit, sekita lima kilometer dari kediamannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *