Ada netizen hantar gambarnya pakai baju tali halus.. Ini reaksi serious dari pelakon sensasi, Emma Maembong

Susulan sekeping foto gadis mirip pelakon Emma Maembong yang tampil seksi sambil posing dalam keaadan berbaring yang sudah pun viral di media sosial, Emma menjelaskan gambar tersebut bukanlah dirinya.

Sebaliknya, ia telah disunting pihak tak bertanggungjawab malah hasil suntingan yang dilakukan juga jelas kelihatan, seperti yang dikongsi Emma.

Pelakon sensasi itu ada berkongsi foto tersebut menerusi Insta Stories Instagram, awal semalam.

“Ok ada orang kasi Emma gambar ni. Agak-gaklah nak edit pun adoi… tak pyah la kitang nak buat dosa edit.

“Nampak teruk edit tu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, nama Emma menjadi buah mulut ramai apabila mengambil keputusan untuk membuka tudung, baru-baru ini.

Foto : Instagram Emma Maembong

Sumber : mediahiburan.my

Biodata Emma Maembong, Pelakon Comel Dari Terengganu

Biodata Penuh Emma Maembong
Nama Penuh: Fatimah Rohani Binti Ismail
Nama Popular: Emma Maembong
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Umur: 24 tahun (2016)
Gosip Cinta: Zizan Razak dan Kamal Adli (sekarang)
Keturunan: Melayu (Bapa, Ismail Embong) dan Scotland (Ibu, Yatimah Zainab)
Pendidikan: Bersekolah hingga Tingkatan 2 sahaja disebabkan terpaksa menjaga abangnya yang sakit
Kerjaya: Pelakon, Model dan Pelukis
Drama, Telemovie dan Filem: Isteri Separuh Masa, Satu Hari Di Hari Raya , Menantu Raya, Ciptaan Terindah, Hantu Selfie, Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku, Kampung Girl, 3 Nenek 3 Dara, Projek Memikat Suami, Yes Boss!, Tersuka Tanpa Sengaja, #Assalamualaikum Cinta, My Dear Mr Dimple
Kelab Peminat: Emavengers

Media Sosial Emma Maembong
Twitter: https://twitter.com/emma_maembong
Facebook: https://www.facebook.com/fanpage.emmamaembong
Instagram: https://instagram.com/emma_maembong/
Instagram Emavengers: https://www.instagram.com/emavengers/
Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Emma_Maembong

Sumber : azhan.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *