(5 Gambar) AMAR ASYRAF NAK KAHWIN LAGI MESKIPUN SUDAH ADA 2 ORANG ISTERI?

Sememangnya pelakon Amar Asyraf amat kurang mempunyai gosip panas dalam industri hiburan tanahair. Namun tiba-tiba, seorang wanita mendakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon itu sejak September 2018 hingga menimbulkan pembagai spekulasi.

Tambah-tambah apabila Ammar sudah pun mendirikan rumah tangga dan baru sahaja menimang cahaya mata kedua beberapa bulan lalu.

Dakwa wanita itu, dia tahu mengenai status Amar yang merupakan suami orang dan cuba untuk mengelak, namun menjelaskan Amar seorang yang pandai memikat dan akhirnya dia jatuh hati.

Hubungan mereka dakwanya semakin serius dan Amar pernah bertemu dengan keluarganya bagi mendapatkan restu untuk mendirikan rumah tangga.

Namun tambahnya, semakin dekat hari pernikahan entah kenapa semakin banyak ujian datang dan ketika itulah gadis itu baru mengetahui Amar mempunyai seorang lagi isteri serta seorang anak hasil dari perkahwinan kedua.

Dakwanya lagi, Amar dikatakan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sejak bayi tersebut dilahirkan.

Ekoran itu, dakwanya dia akan mendedahkan satu persatu tembelang tersebut agar tiada pihak beranggapan dia hanya mereka cerita meskipun cerita itu akan mengaibkan dirinya sendiri. Ia sebagai amaran kepada wanita lain agar tidak mengalami perkara yang sama.

Bagaimanapun, media belum pasti lagi kesahihan pendedahan daripada wanita ini sekiranya Amar sendiri tidak tampil bagi membersihkan namanya dan mengelak daripada spekulasi liar netizen merebak.

  • Sumber: BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *