Sekarang viral pokok lidah jin... tapi awas jika anda ada anak kecil, haiwan peliharaan tak boleh dekat dengan pokok ini!



Menurut Pusat Racun Negara, pokok tersebut mempunyai bahan aktif saponin.

"Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.



"Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelas kenyataan itu lagi, antara gejala yang dialami oleh haiwan peliharaan antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya mempunyai pokok tersebut di rumah.

"Oleh itu, dalam keghaairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.

"Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan," katanya.

Sementara itu, pakar kimia Dr Fatimah Salim turut meluahkan pendapatnya mengenai pokok tersebut.

"Saya tidak risau sangat pasal pokok ini. Ianya sama macam pokok-pokok lain yang mengeluarkan gas oksigen dan mengambil gas karbon dioksida.

"Maka, bolehlah membantu pengudaraan dalam ruang yang tertutup. Rupanya juga cantik untuk dijadikan hiasan," katanya.

Namun apa yang membimbangkan beliau adalah tanah yang digunakan dan disimpan di kediaman masing-masing.

"Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak. Hati-hati mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti," katanya.

Bahan aktif saponin yang terdapat pada pokok lidah jin boleh menyebabkan keracunan.

Terdahulu pakar perubatan, Dr Ahmad Samhan di Facebooknya berkata pokok tersebut dapat menaikkan mood positif dan menghilangkan stres.

Kajian turut menunjukkan kata Dr. Ahmad Samhan, 1,000 pokok lidah jin berkesan sebagai penapis udara.

Bagi yang tidak tahu, pokok ini sebenarnya berasal dari Afrika dan memang terkenal dengan khasiatnya sehinggakan ada menjadikannya sebagai ubat dan kecantikan.

Selain mudah dijaga, pokok tersebut boleh menyerap pencemaran udara, kaya dengan oksigen, memiliki bau khas dan sesuai sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan selepas seharian keluar bekerja.

Sumber : mStar

0 comments:

Post a Comment