Majikan tidak boleh paksa pekerja rentas negeri kuarantin tanpa gaji



Majikan diingatkan mereka tidak boleh memaksa pekerja yang merentas negeri di Semenanjung atas urusan kerja kuarantin diri selama 14 hari tanpa gaji.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan 2 sebab, iaitu pekerja berkenaan boleh merentas negeri sebab dapat kebenaran polis, dan kuarantin wajib hanya bagi mereka yang pulang dari luar negara, atau dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Ini majikan pandai-pandai buat peraturan sendiri,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail ditanya tentang majikan meminta pekerja kuarantin diri selama 14 hari tanpa gaji selepas merentas negeri atas urusan kerja.

“Tindakan itu tidak dibenarkan kerana tidak ikut peraturan Majlis Keselamatan Negara.”

Ismail tidak menolak Kementerian Sumber Manusia boleh ambil tindakan terhadap majikan yang berbuat demikian.-FMT

0 comments:

Post a Comment