Kembalikan kerajaan PH yang dirampas satu usaha murni, kata Mat Sabu



Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, mengembalikan semula pemerintahan negara kepada PH yang dipilih dengan mandat rakyat adalah satu usaha yang murni.

Beliau menegaskan, mereka yang terlibat dalam usaha merampas kuasa yang bermula dengan Langkah Sheraton, sebaliknya perlu dihuukum dan ditolak rakyat.

“Mandat rakyat perlu dikekalkan oleh kerana sebarang rampasan kuasa di tengah jalan adalah bercanggah dengan peraturan serta tatasusila sebuah kerajaan yang dibentuk secara demokrasi.

“Oleh itu, kalau ada usaha dari PH untuk kembalikan semula pemerintahan, itu adalah satu usaha murni.

“Mereka yang mengkhiaanati PH itulah yang perlu dihuukum rakyat pada masa akan datang,” katanya dalam satu video Bicara Presiden di Facebook rasmi PAN hari ini.

Pada sama, Mohamad turut menjelaskan keadaan di mana ketika ini banyak pihak mula menuding jari menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai melakukan kesilapan besar apabila meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.



Kata Mohamad, ia sebenarnya adalah sebahagian daripada proses demokrasi apabila seorang pemimpin sedar bahawa mereka tidak lagi mempunyai sokongan dalam parti.

“Apabila Tun Mahathir merasakan partinya meninggalkannya terutama Presiden dan anggota kanan yang lain, beliau mengambil sikap seperti diambil pemimpin demokrasi yang lain iaitu meletakkan jawatan sebagai PM,” ujarnya.

Namun Katanya, selepas perletakan jawatan Tun Mahathir, seharusnya PH yang berhak memilih pengganti seterusnya.

Malah, bukannya dengan tindakan beberapa Ahli Bersatu dan PKR yang lompat bekerjasama dengan Muafakat Nasional yang kemudiannya menamakan Perdana Menteri mereka sendiri.

“Yang paling tidak betul di sini ialah bila Tun letakkan jawatan, sepatutnya PH yang memerintah waktu itu menentukan siapa bakal pengganti.

“Bukan mereka yang lari dari Bersatu dan Keadilan, kemudian mereka ini bersama dengan Muafakat Nasional dan lain-lain untuk menamakan PM mereka,” ujarnya.

Justeru, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, Pakatan Harapan akan terus berusaha mengembalikan semula mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada dua tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment