Ahli Parlimen PH kata Sultan Johor tiada kuasa mutlak untuk bubar DUN



Berikutan amaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membubarkan dewan undangan negeri (DUN) sekiranya kemelut perebutan kuasa di situ berpanjangan, seorang ahli parlimen menjelaskan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Hassan Abdul Karim, berkata memang mengikut Perkara 23(2) Perlembagaan Johor ada disebut bahawa seseorang sultan boleh membubarkan DUN Johor.

Bagaimanapun, katanya, Perkara 23(2) perlembagaan sama menyatakan ini tidaklah bersifat muktamad dan tidaklah boleh berdiri sendiri.

“Ia hendaklah dibaca bersama Perkara 7(1) Perlembagaan Johor yang menyatakan: Bertindak sesuai dengan nasihat majlis eksekutif negeri dalam melaksanakan fungsi perlembagaan.

“Ini bermakna sultan tidak boleh dengan secara sendiri membubarkan DUN.

“Jika menteri besar mengadap sultan dan menasihati sultan supaya dibubarkan DUN barulah sultan boleh membubarkannya,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod peruntukan kuasa berkenaan adalah sama dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut perlembagaan negara Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membubarkan sendiri parlimen melainkan jika baginda dinasihatkan sebegitu oleh perdana menteri.

Sementara itu, Hassan yang memiliki pengalaman sebagai peguam menegaskan, ketika Perkara 7 (1) Perlembagaan Johor meminta sultan bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan negeri, Perkara 7 (2) pula menjelaskan ada beberapa kawasan yang membenarkan baginda menggunakan budi bicara.



Katanya mengikut Perkara 7(2)(b) Perlembagaan Johor sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memberi izin ke atas permintaan untuk membubarkan DUN.

Terdahulu, Sultan Johor memberi amaran untuk membubarkan DUN serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri ini terus berlaku.

Bagaimanapun, PH Johor bimbang sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN), mereka akan kalah teruk disebabkan tidak mampu lagi menipu rakyat dengan manifesto dan janji-janji manis yang gagal ditunaikan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment